Jumaat, 9 Disember 2011

Kenal Kawan dan Lawan




\Assalamualaikum/

Good morning everyone . Yeah , saya hanya dapat berblogging setelah menjemur baju dan basuh pinggan . Rajin tak ? Of course lah .

okey , harini fiqah nak kongsikan satu tajuk : kawan dan lawan . Dipetik ... eh , dipetik ke ? whatever la . dipetik daripada majalah remaja . Fiqah tengok macam menarik je . so , I want to share .



Kawan


*Apabila anda dalam kesusahan , dengan sendirinya dia akan menyedarinya dan membantu kamu tanpa kamu mencarinya .

*Kata-kata yang keluar daripada mulutnya tidak pernah menyakiti hati kamu biarpun dia menasihati ataupun mengkritik kamu :)

*Dia akan gembira bila lihat kamu gembira dan akan turut sedih bila kamu sedang bersedih .

*Seseorang kawan akan marah apabila melihat rakannya dihina dan diumpat .


Lawan


*Bila kamu dalam kesusahan , dia akan menolong . Tapi pada masa yang sama , dia akan mengambil kesempatan diatas kesusahan kamu itu .

*Apabila bercakap , sedikit pun tidak memikirkan tentang perasaan kamu . Kononnya mahu berterus-terang , tapi , pada hakikatnya , dia memang suka melihat kamu disakiti .

*Apabila kamu sedang sedih , dia masih mampu bergembira dan ketawa . Tetapi , apabila kamu gembira , dia seolah-olah tidak suka dan senang hati  .___.

*Apabila ada orang bercerita tentang keburukan kamu , dialah orang yang paling seronok untuk bercerita sama .

*Orang yang dianggap lawan ini bersusah payah mengatur pertuturan serta kelakuannya . Orang yang tidak ikhlas akan nampak lakonannya bila bercakap .


hah ! dah baca ? berikanlah pandangan kamu pula :)
Tata ..

2 ulasan:

miranani berkata...

Err , kite bukan kawan yg baek rupenye :'>

Unknown berkata...

berusaha jadi kawan yg baik :)