Khamis, 27 Disember 2012

Clippng mask


Assalamualaikum


Ohayou everyone . Bonjour ! Sekolah dah nak start and me totally sad . Hmmm . Dengarnya , nad bagitau aku dapat 3 Berlian . Tahla . 


So  , lepasni dah tak dapat nak online lagi . Btw , aku dah reti buat clipping mask tapi guna Gimp . Aku tak dapat download Photoshop T_T .


So , hasilnya ni . Aku taktau ah nak label mende alah ni apa . Nak kata freebies ? Tak lawa mana pun . Hhahaha . Tapi , kalau nak ambil , ambil je .



Kbye . Wish me luck for my PMR nxt year . Assalamualikum

Isnin, 24 Disember 2012

Family Vacation to Melaka



Assalamualaikum


Holla . Bonjour everyone ! I'm back from Malacca . Hihihi . Hari Selasa and Rabu aku dengan family aku pergi bercuti dekat Melaka . Best gila ! Hahaha . So , meh duduk diam-diam . Aku nak cite perjalanan aku walaupun macam takde orang nak baca je blog aku nih . Hahaha .


18 Disember 2012

So lets start . Okay , Pepagi tu kitorang (aku dan mama) berkemas untuk pergi ke Tanjung Bidara yang terletak di Melaka . Skema je ayat . Haha . Then dah berkemas tu , kami bertolak pukul 8.00 pagi .




Excited lah jugak because we are goin' to the beachhhh and pool . Hihihi . Dah masuk dalam kereta, apalagi tidur ah . Hahaha xD


Then , dah sampai pun dekat Tanjung Bidara . Tak sangka tempat dia sangat awesome . Best lah . Cantik dia  punya lobi jugak . Mama and ayah tempah chalet . Chalet dia lawa and besar lah jugak . Hihihi .






Then , dah masuk chalet tu , solat then rehat rehat kejap . Pastu tetiba adik ajak pergi swimming pool . Masatu dekat swimming pool belum ada orang lagi . Then , pergi jelah swimming pool satu family . Tengah mandi tu tetiba hujan kejap tapi tak lebat mana lah . 












Ya , ya aku tahu aku sangat kebudak-budakkan bila pakai pelampung tu . Hahaha . Tapi , best pe pakai pelampung . Try ah . Hihi . kk . Lepastu , balik chalet memang sejuk banget lah kan . Menggigil kot . Rehat rehat lepastu malam pergi makan malam . Lepas pergi makan malam , tup tup eh dah sampai Bandaraya Melaka puloks . haha . Best best . 


Before that , sepanjang jalan nak pergi Melaka tu adik aku asyik tanya je "Kak,yang ni Menara Taming Sari ke?" Sambil jarinya tunjuk ke arah kilang yang ada tiang seakan-akan Menara tu . Tapi rendah lagi . And me totally duckface and troll face . Hahaha . Semua mende alah dia tunjuk dia cakap Menara Taming Sari . Selama ni , aku tunjuk dekat dia apa itu bentuk Taming Sari agaknya dia tak dengar kot . Agaknya dia buat derk je kot . Nasiblah ...............



Okay , we are here . Dah sampai dah pun dekat Bandaraya Melaka . Okay , first kami pergi dekat tempat Menara Taming Sari tu . Hah , barulah adik aku nak kenal kan menara tu . Okay , lepastu , pergi kedai cenderahati . Oh my Allah ! Rambang mata kot . Rantai and gelang soooo murah . Then , aku dengan adik beli hadiah untuk anniversary mama and ayah . Memula beli keris ni . Pastu adik ni gedik pulak nak keris ni . So , belikan kapal atau nama lain dia tongkang untuk mama . Bukan yang real . Hahahha . Replika je . Klau yang real , famous ah aku . Keluar dekat muka depan suratkhabar 'Seorang remaja perempuan dikenal pasti mengambil tongkang untuk diberi kepada ibu bapanya sempena ulangtahun pekahwinan mereka' Hahaha . K, over pulak .






Memula tu , adik nak naik Menara Taming Sari . Aku dah gigil dah . Gayat tahap melampau bila tengok mende alah tu . Teringat dulu masa first time naik masa ada trip to Melaka . Hahaha , Nani jadi mangsa . Pastu aku cakap dekat adik tak payah lah , memalam cemtu , nak nampak apa je nanti , nampak bumbung je ah kan . Nak nampak Selat Melaka memang tak ah kan .


So , mama tanya nak naik beca tak ? Aku pun hmm bolehlah bolehlah . Dah lama jugak tak naik beca . Hahaha . Tapi , mama , aku and adik je yang naik . Ayah tak . Ayah tunggu kat tempat tadi tu . Okay scroll down :







Best naik beca dapat angin malam . Tapi , masa nak naik bukit tu , orang tu suruh kami bertiga turun . Berat . Tak larat kot . Hahahha . Dah tu , dia bukak lagu dangdut -_- . Yang orang muda bawak beca pulak bukak lagu Oppa Gangnam Style . Hahahaha .


Pastu , ingatkan nak naik Bas Panorama London . Lama jugak kiterang tuggu . Tapi , tak perasan dah pukul 10 malam . So , tak boleh naik . Hahaha . Penat je tunggu .








Okay , lepas tu dah penat .Apalagi balik then solat apa semua tidooo . Hihi .

19 Disember 2012


Okay , pepagi tu breakfast dekat hotel tu .Dahtu , adik memang pepagi tu beria ah kan nak mandi kolam pe semua . Pepagi mandi kolam for sure menggigil . Then , adik mandi kolam . Aku , mama and ayah balik chalet tukar ttracksuit pe semua . Then , 'cebushhh' mandi lah kolam dengan senang hati . Mama and ayah joging sekejap dekat pantai . Ni hari terakhir dekat sini . So , mandi lah pepuas .










Masa memandi ni , aku rapat dengan sorang budak comel yang berumur 6 tahun . Dia ni memang petah and aku rasa dia sesuai jadi pelakon . Hahahahaha . Nama dia tak silap aku Sofia Qaisara . This !





Hahaha , comel kan dia . Time ni mandi dah ada matahari and me kena sunburn . Waaaaaaaa T_T . Takpe ah , letuk telur bebanyak noh .


Okay , then balik chalet semula bersiap-siap . We will leave this chalet . Sedih wuu . Sebab sedih , amik gambar bebanyak sebelum meninggalkan chalet itu ..........













Then , dah check out apa semua . Taktahu nak pergi mana , adik nak pergi zoo . Pastu pergi lah zooo . Bestnyaaaaaaaaaaa . Okay , ni agmbarnya . Hihi . Yang paling best dapat tengok zirafah and naik kuda . Hihi .











Sebenarnya ada banyak lagi . Tapi aku tak larat nak upload and then nak tunggu lelaama . Pastu pergi mekdi . Makan ayam . Hihi . Memula ingat nak check-in hotel lagi . Tapi membazir pulak . So , balik je lepas makan mekdi :) Hihi .


So , sampai sini je . Thanks sudi baca . Jazakallahu kheir . Assalamualaikum .


p/s : 4 hari aku update mende alah ni