Khamis, 29 November 2012

Couple itu haram






Assalamualaikum . Bonjour everyone . Hahahaha . Tajuk ni macam ..................................... Yeah , remaja sekarang selalu meng'halal'kan benda alah ni even dia haram . Malah , dah jadi satu budaya dah .


Aku tak nafikan kawan aku pun ada jugak yang couple . Memang semua orang termasuk yang dewasa atau remaja mesti punya ada feeling feeling nak couple ni . Aku pun taulah . Sebab aku pun pernah rasa . Biasalah time camni , mesti nak rasa di sayangi (Apa tak cukup kasih sayang mak bapak) Hahaha . Joke joke .


Tapi , kita kena pandai kawal perasaan ni . Jangan sampai menghalalkan yang haram . Berdosa . Jangan cakap couple ni satu permulaan lah untuk mengenali pasangan . Kita kena kuat dan cuba untuk percaya pada jodoh yang Allah dah tetapkan . Ya Allah , memintak aku dijauhkan dari benda yang satu ini .


Cuba korang perhatikan , mesti korang takkan terlepas SALAH SATU pun perkara yang dekat bawah ni bila ber'couple' :


1. Org yg bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap kekasihnya.
2. Org yg bercouple biasanya berdua²an dgn pasangan kekasihnya, baik di dlm rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
5. Org yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)


Paling koman pun lah kan mestilah yang nombor  5 tu kan . Couple ni pun sebenarnya salah satu perkara yang menghampiri zina .............................. Cuba tengok dalil ni . Credits to Oh Islam .


Surah Al-Israa ayat 32 :
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Yeah , mungkin kita tak dapat menahan diri daripada couple ni . Tapi , at least cuba kita tahan nafsu untuk bercouple tu . Sebab kita tau tu haram . Cuba , cuba dan cuba guys . Anda mampu mengubahnya . Hehehe .


Jadi , amrilah sesama kita muhasabah diri . Assalamualaikum :) 

The precious one






Assalamualaikum . Bonjour everyone . Dekat atas tu , aku suka Eiffel tower tu . Cuba bayangkan kalau aku lah yang dekat depan tu , mesti berebut photographer nak amek gambar aku . Well , aku kan fotogenik (Terlalu perasan) Hahaha .....................


Jam dekat laptop aku sekarang menunjukkan pukul 11.17 p.m . Lekluuuuuuuuu , awal lagi . Ceh . Baideweh , tangan ni tengah lenguh gila babun . Same goes on my leg . Soo lenguh beb . Aku rasa ni sebab aku main Tenniton lah ni . Tenniton tu = Tennis + Badminton . Sebab , aku main badminton tapi gaya tennis . Seriously , takde gaya Lee Chong Wei pun . Really like a tennis . Aku tak reti nak pukul bola badminton acane *bayangkan aku bermain teniton . I feel soo lembik . Rasa nak pegang apa-apa benda alah pun , Ya Allah rasa macam dah tak lama dah weh .


Hahaha .................. (panjangnya ketawa) Aku ni suka betul merepek . Hiss . Ni like was lari dari tajuk je . Back to the topic . Actually , malam buta ni , aku keboring-an . So , korang tetau je ah kan , bila aku boring , banyak perkara merepek berlaku , and aku akan fikir yang nonsense . Tapi , nonsense yang bawa kepada kebaikan lahh xD


Okay , aku cuma nak cakap aku sayaaaaaaang sangat family aku terutaamanya mama dan ayah . Pernah suatu hari aku terfikir salah seorang daripada kami pergi dan hidup akan terasa sangat sepi dan gelap gelita . Takkan sempurna . Dan akan rasa kehilangan yang begitu besar . Yelah , aku cuma cakap je . Sebab , setiap yang bernyawa pasti akan pergi  Tak semestinya yang tua je pergi dahulu . Kita yang muda mana tahu . Mungkin lebih awal dari yang tua . Aku cuma fikirkan amalan aku . Sangat sikit .


Aku cuma berharap , aku dan keluarga aku diberi petunjuk oleh Allah .. Diberikan hidayah setiap waktu andai kami alpa dan leka . Dunia pun sudah semakin tua . Aku tak sanggup nak bayangkan hari kiamat , hari pengakhiran dunia yang fana ini .


Aku nak cakap yang aku sayang Allah . Allah memberikan aku pertolongan , petunjuk meskipun aku , hamba yang kerdil ini selalu sangat buat dosa kepadaNya . Terkadang , melakukan laranganNya , meninggalkan perintahNya . Yang kedua , Nabi Muhammad S.A.W . Semoga aaku dan keluarga ku serta orang yang aku sayang mendapat syafaatnya kelak . Nabi ku ini , telah banyak berkorban demi umatnya . Dan seterusnya , Ibu bapa ku . Ya Allah , terlalu besar pengorbanan mereka ini sampaikan aku sendiri tidak mampu untuk membalasnya . Aku cuma mapu berdoa agar mereka berdua ditempatkan di syurga yang tertinggi sekali . Mereka orang pertama yang aku sayang di muka bumi ini . Then , my lil brother .......


(perenggan baru) Adik aku ini , walaupun selalu sangat buat aku sakit hati dan marah sangatt sangat . But , no matter what happen , dia tetap adik aku . Darah daging aku . Yeah , selama ni memang susah kami berdua nak tunjukkan yang kami care on each other . Tapi , taktau lah dia macam mana . Tapi , memang aku sayang dia . Kalau aku marah , ada jugak aku hamburkan kata-kata kesat . Ya Allah , nilah bila marah mulut tak reti diam . Jangan jadi macam aku . Ya Allah , aku tarik balik kata-kata aku . Nauzubillahhiminzalik ..............


Kami sekeluarga . Kami takkan terpisah  . Hahahaha xD Aku harap korang pun macam tu , sayang keluarga korang . Hargai diaorang sementara masih ada walaupun kita pernah buat silap antara satu sama lain . :))


Akhir kata , sama - sama lah muhasabah diri  . Aku pun bukannya bagus sangat . Hmm , tapi bebetul aku cakap yang aku sayang sangat keluarga aku especially my mom and dad . Not left behind , my lil brother . Love you alls . Hahaha xD Malam semakin larut , sebelum aku makin mengarut baik aku pen off dulu . Eh ? Type off senarnya . Wakakaka xD . 


Okay , genaid everyone . Tangan aku makin lenguh dah ni haaa . Genaid genaid . Sleep tight . Take care . Baca ayat kursi dulu sebelum tidur . Assalamualaikum :)

Selasa, 27 November 2012

Mengisi masa boring



Assalamualaikum . Bonjour everyone . Hmm , right now , memang demm boring gila . Nak tengok cerita 'Cinta Bersemi di putih Abu-Abu' tuuuuu ............. But , my lil brother control the remote . Arghh , hate it much . Actually , I'm tired fought with him everyday . I just can't stand it anymore .


Bukan sesedap seperti jelly dia tumbuk . Tapi , kuat , sampai lengan aku dah naik kebal dah . Baideweh , now me tengah menengok dresses and flat dekat Zalora . Nak tengok ah jugak lawa ke tak . Lagipun , me ni mana pernah beli online pun .......... Tapi , hmm belum jumpa yang lawa lahh . Wait a minute , I nak search dulu yang lawa , okay .



Aha , yang ni lawa kan kalaupakai dengan inner or cardigan :) Tapi ........ harga dia RM 70 lebih gitu . Mahal -_-


Love by Z Sleeveless Colourblock Tiered Chiffon Blouse


Aww , yang ni lawa sangat . Harga pun RM 29.90
Vessini Flower velvet ballerinas

Hah , tu je ah yang I berkenan di hati . Lawanyaaaa .............................. Bestnya kalau dapat kan ? Indahnya dunia nanti . Ehem , pffft , sebenanrnya I taktau saiz kasut I berapa . Hahaha xD

Aku ni memang suka shopping . Lagi lagi baju . Suka sangat . Tapi aku taktau kenapa aku malas nak shopping seluar . Hahahaha . Tapi kan , aku ni dikira kedekut lah jugak , kalau mahal no way man aku nak beli . Jangan harap . Kena murah . Kena berjimat . Thats why pantang nampak SALE . Hohoho .


Okay , entri ni sangat merepek makan kerepek . So , byeee . Got to go . Assalamualaikum :)




















Isnin, 26 November 2012

Tutorial button follow Twitter di blog





Assalamualaikum . Holla , bonjour everyone . Ahah , tengah semput ni . Penat gilos sapu rumah , basuh pinggan , jemur baju and so on . Biasanya adik yang basuh pinggan but now dia tengah pergi main bola . Fuhhhhhh . Penatt :3


Baideweh , tadi masa I tengah sapu-sapu sampah . Izzati call , and I lari kedalam rumah ala-ala cerita Hindustan . Ahakss xD Then , dia cakap pasal novel and pasal Button follow Twitter ni . Taktau ah dia dah dapat cari ke belum . So , I buatkan ah tuto ni .


TAPI , tuto ni hanya untuk template  designer yang biasa -biasa tau Izzati bukan untuk skin and classic template . 


Okay , mulamula sekali dah pergi Dashboard then pergi layout pastu tekan add a gadget then pilih HTML Java/script . Lepastu , awak copy code dibawah ini :


<a href="https://twitter.com/Raaafiqah" class="twitter-follow-button" data-show-count="false" data-lang="en" data-size="large" data-show-screen-name="false">Follow @Raaafiqah</a>
<script>!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0];if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src="//platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");</script>
<script src="http://widgets.twimg.com/j/2/widget.js"></script>


Okay , perkataan oren yang first sekali awak gantikan dengan dengan link Twitter awak sendiri then Perkataan oren second yang ada tanda @ awak tukar dengan nama Twitter awak . Then , Save !


Senang kan ? Good Luck Izzati dalam proses me make  up kan blog awak . Jangan lupa daftar Nuffnang dan churpchurp :) 

Ahad, 25 November 2012

Kata semangat secara tiba-tiba







Assalamualaikum , Bonjour everyone :) Yesssss . Malam ni ada cerita Dalam Hati Ada Taman  . Yeah , saya nak buat confession bahawasanya saya dah jadi seorang peminat fanatik ceria tu . Bukan apa , suka gila ahh tengok Randy dengan Elfira dalam cerita tu , so sweet . Lagipun , muka saya kan sama dengan Elfira sekali gus menjadikan saya ni kembar Elfira . Jadi , saya nak tengok kembar saya berlakon *sila muntah pelangi :)


Saya mesti kuat (tetibe) awak semua pun sama . Jangan menangisi dan jangan pernah menyesali apa yang berlaku dalam hidup kita . Itu takdir . Dan , berusaha sebaik yang mungkin untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik daripada yang dulu . Usaha itu penting . Usaha , doa dan tawakkal guys :)


Okay , saya faham yang sekarang ni saya menjadi pelik secara tiba-tiba . Well , actually , aku baru lepas gaduh dengan adik . What a life . Walau apa pun , dia tetap adik aku dan aku akan sayang dia sampai bebila . Aku akan lindungi dia dan keluarga aku eventhough aku ni pempuan . Tapi perangai agak kejantanan . Tengok ah , nanti takde sape nak kat kau Raf . His , nauzubillahiminzalik je .


Okai buddyz . I nak makan tengah hari anddddddd lepasni Izzati nak datang rumah . Hahahah xD bye everyone . Assalamualaikum :)

Sifat Peribadi anda melalui WARNA :)

Assalamualaikum . Bonjour . Now I tengah tension gila babun sebab .................... ahh , sebabnya Malaysia 0 and and Singapore 3 . Ni semua salah si pakcik Duric tu . Eh ? Sesedap rasa je aku kutuk . Hah , Team Malaysia dah tak macam dulu . Diorang macam dah tak bersungguh-sungguh . I'm disappointed , you know . Hmmm , nak buat macam mana dah takde rezeki Malaysia nak menang .


Okay , habis pasal bola yang penuh dengan tekanan , now yeaaaahhh , anda nampak tajuk itu bukan . Hahaha *evil laugh (tiada motif) Saya akan kongsikan kepada andaaaaa . Ahah , hmmm apa yang gua nak cakap tadi ? Dah lupa ahhh . Ni semua salah twitter . Eh ? Amik kau besar gedabak aku tulis :3


MERAH
Berani , emosional , tegas , tamak , tahan melarat dan suka bersenang-senang

BIRU
Setia pada pasangan , pandai menyimpan wang , kuat kemahuan , suka berterus terang , jujur , cekap memberi maaf dan tegas .

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.






Done , okay , its tired okay . Btw , credits to NURRUL . Okay , its late and i nedd to sleep . Bye . Assalamualaikum xD

I jadi pengantin . Eh ?



Assalamualaikum . Hollah , bonjour , anyeong ! Kay , berapa banyak kau nak cakap Raf ? Satu pun cukup ah xD . Hahahaha . Kay , kali ni nak cerita pasal siang tadi . Errr , pasal apa ek ? Hah , pasal aku pergi majlis perkahwinan . Hahaha xD


Korang tengok tajuk dia tu mesti terkejut an . Al-maklumlah sekarang kan banyak sangat kes orang kahwin muda kan . Lepasni , makin bertambah laa . Haha . Tajuk tu tak betul punn . Saja je nak propa u olls ~ Hahaha . Gedik ahh kau Raf ><


Takde , saya cuma nak cakap makanan siang tadi sedap ;) Hahaha . Saya wangi (tetiba)
















Okay , itu semua muka memandang jauh kedepan . Nampak tak muka adik I . I salah upload gambar ahh . Tu gambar dia tengah marah . Hahahaha xD sorry adik ku handsome :P Yeah yeah , jarang bebenor aku amik gambar ayah and mama aku . So , kali ni , asal aku dok posing sensorang aku akan amik gambar ayah and mama aku jugak . You know , the memory eah orang kata ? I mean kenangan tu berhargaa sangat . So precious to me :)


Gtg . Nak layan Twitter . Jangan lupa follow , sweetie :) Byee . Assalamualaikum xD

Mixed story xD


Assalamualaikum . Bonjour everyone . Hahaha . Intro aku harihari sama je . Korang pun mesti dah bosan tahap gaban . Yeah , you know , know my blog berwajah baru . Actually , I dah boring guna skin . I nak te-ghy guna template biasa je . Susah jugak ah sebab dulu template saya buruk yang amat . Nak edit pun susah tauu .


Btw , tadi pergi majlis orang kahwin . Best ah , dapat makan . Ngeeee :D Dapat banyak jajan jugak . Gila tak best kan ? Hahahaha . Tapi , part yang tak best nya , dalam kereta , aku asyik kena tumbuk je bahana daripada menganjing dan meneging adik aku . Bahu ni memang dah lali dah asyik kena tumbuk , Kang aku cubit dia , makin banyak tumbukan aku dapat . Memang best betul ah kena tumbuk bagai ni -_-


Lately , saya memang rajin blogwalking . Tapi , saya kurang rajin nak leave footprints saya . Hikhik . Malam tadi tengok cerita Mariam Kg.Putat . Sebentar ya , saya nak tanya . Putat tu buah apa weh ? Nggak pernah dengar sih . Walau apa pun saya suka tengok Hanis Zalikha berlakon . Malah , saya juga suka tengok blog dia :)


And , another story malam tadi saya mimpi pasal One Direction a.k.a 1D . Apa jadahnya aku mimpi pasal 1D pulak ni ? Seriously , saya bukan Directioner . Rasanya , kalau Directioner , bangun dari mimpi tu mesti senyum memanjang . Tapi , aku bangun dengan kerutan di dahi :3 The story goes like this , dalam mimpi tu ada saya dan Izzati -,- . Dekat kedai apa tah time tu . Tetiba 1D masuk kedai tu . And all the girl 'menerkam' 1D --' But me and Izzati just duduk diam . Tapi dalam hati , tergugat jugak sebab diorang handsome . Then , Zayn Malik and Harry Styles datang dekat kiterang . And , jantung I berdegup laju . Haha , lol . Then , Zayn tersennyum dan beri saya dan Izzati coklat . And , the girls 'terkam' si Zayn tu balik and me was like tercengang lah . Haha . Tapi , tu fantasi and not realiti pun kan .


*One Direction -_-


Okay , habis dah cerita pasal 1D . Hahaha . Idk lepas ni saya jadi Directioner atau tak sebab mimpi tu . Hikhik . K , i need to take a bath . See you again , peeps . Byee . Assalamualaikum xD



Khamis, 22 November 2012

Hangout with beloved family :*



Hollah . Hai guys . I'm back . Fuhh fuhh *tiup dah bergabuk dah blog ni . Hikhik . Btw , nak update malam tadi . Tetiba wifi habis bateri and then i go to sleep . Hahaha . Semalam , birthday Sultan Johor . So , its public holiday . Then  , ingatkan nak pergi  Reunion darjah 6 . Tapi , mak i tak bagi sebab tak ramai .


So its okay . Nvm . Just hangout dengan family . Sekali sekala kena rapatkan hubungan denggan keluarga kan ? Then , nak pergi tengok wayang . Pergilah Leisure Mall . Then , tengok wayang tutup . Sedih gila babun . Pastu ada satu kedai baju dekat situ , AWESOMEEE GILA beb aku cakap . Lawaaa sangat baju dia . Murah je rasanya Satu baju harga tak lebih dari RM 30 :)


Then , pergi Danga City Mall . Pergi lagi Pameran buku POPULAR . Sale gegila lah katakan . Rugi woh tak pergi . Pergi sana beli Buku Vampire Diaries je .


 







Okay , the sakainesss . Hahaha . Then , jenjalan , makan-makan . Dahtu pergi tingkat atas Danga City Mall . YaAllah . Gayat saaaangat :'| Dahtu . Tengok-tengok laptop . Memang lawa-lawa ah kan . Rambang mata kot . Dahtu , mama dengan ayah beli laptop . Wuuuuu ~ Tak sangka . Ni ah laptop pertama dalm rumah ni . Laptop Samsung :)


Tenenene ~ Thanks mama , ayah . I love both of youuuuuu :* Muahhh . Then , ternampak kedai alat muzik . Ya Allah , kedai tu class sangat . Piano dia . Berkilatt wehh . Tapi , meti mahal . Mana mampu kan . Hahaha . Tape nanti dah besar , kerja bebetul yea Raf ! You can do it , babe .


Kay , Gtg . Assalamualaikum , peeps xD

Selasa, 13 November 2012

Salam Maal Hijrah


Assalamualaikum . Holla man . Ni pepagi buta ada pulak mood nya nak update blog . Deyy , malas nya nak menaip ni . Baru lepas sarapan ni . Rindu much dekat kengkawan sume . Lately , tak nampak Izzati online . Mesej pun tak balas . Ya Allah .... rindunyaa .


Hmm hmmm . Result tinggal BI je belum dapat . Sedih gilaaa kot :'( Sokay , redha je ah kan ? :) Semalam pergi bookfair Popular kat Danga City Mall . Hmmm memang penuh gila babun kat situu . Beratur panjaaaaaang gila .

Eh , esok Awal Muharram . Memula tu takde feeling ahh . Pastu tengok cerita kat Oasis . Terdengar lagu dia macam ni :


Hijrah itu perjuangan ,
Hijrah itu pengorbanan


InsyaAllah , aku cuba untuk menjadi seorang umat Islam yang terbaik . Jadi anak yang terbaik , jangan hampakan harapan ibu bapa . InsyaAllah . Pasni , kalau balik kampung ada cousin , aku akan pakai tudung . InsyaAllahhh . Dan sarung kaki sekali kalau pergi jalan jalan :) 


Okay guys . GTG . perlu jemur kainnnnnn . Assalamualaikum :)



Sabtu, 3 November 2012

Final exam is oveeerr



Gaisssss . Final exam dahh habissss . Pasni , aku boleh joli lepak habis-habisan . Eh ? Tapi , tapi ada PMR .. Eh , PMR  ? Ya Allah tak sangka nak dekat PMR . Tinggal berapa bulan je dahtu PMR . Ya Allah , memintaklah result final ni seperti yang diharapkan . Amin ..


Alright , adik nak guna computer ni . Btw , tahun ni aku target boleh online . Tahun depan dah tak boleh bukak dahhh , sebab nanti jadi lalai . So , ahir je bulan 12 , aku akan deactive kan account fb dengan twitter . Biar tinggalkan blog jeh . Hahahaha .

K  ah byeeee . Assalamualaikum .. Good luck to all SMP Candidates terutamanya student STAND . Byeeeeeeeeeee :D